Rabu, 11 September 2013

LENCANA USAHA PM (TING SATU) 9. Kawat Tongkat

Mengetahui Kawad Tongkat:

Kawat Tongkat
1)      Rehatkan Diri
         -     Seperti dengan sedia.
         -     Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.
contoh kawad tongkat :

                                                 nih dalam keadaan rehat kan diri :)

2)      Senang Diri
          -     Seperti dengan rehatkan diri.
          -     Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

3)      Sedia
-     Sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat.
-     Tongkat dipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
-     Tapak tongkat berada di atas tanah.

4)      Baring tongkat
-         Pengakap menurunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri menghentak ke hadapan.
-         Lutut kanan bergerak sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.

5)      Angkat Tongkat
-         Turunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.
-         Lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.

6)      Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
-         Dalam keadaan sedia.
-         Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
-         Alihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90°.
-         Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.

7)      Hormat dengan Tongkat
-      Angkat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari.
-    Mencecah tongkat.



LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN:  
http://klkmuthm.blogspot.com/

Kawad Tongkat

Pengenalan
  • Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki.
  • Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera.
  • Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.
Spesifikasi Tongkat Pengakap
  • Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
  • Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
  • Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
  • Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.
Pelaksanaan Koman
Sedia (sedia!)
Kedudukan sedia yang biasa dikekalkan kecuali tangan kanan memegang tongkat di sebelah supaya tegak ibu jari mencengkam tongkat. Tapak tongkat di atas bumi.
........................................................................................................................................................
Senang diri (senangkan diri!):
Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan keluar sejauh 12 inci dari kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan, tolak tongkat ke hadapan bersetentangan dengan bahu kanan. Tangan kanan lurus dan tongkat dicondongkan hujung tapak tongkat.
Sedia dari senang diri (skuad...sedia!):
Tarik tongkat ke sebelah tetapi tentukan tapak tongkat rata di atas bumi, dan pada masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Rehatkan diri (rehatkan diri!):
Kendurkan anggota badan dari paras pinggang ke atas, dan jari-jari kanan menggenggam keliling tongkat. Mata masih terus memandang ke hadapan.
........................................................................................................................................................
Baring tongkat:
1.(Baring tongkat!) - satu
Dengan pantas langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak, tapak kaki kiri rata di atas bumi dengan masa yang sama bengkokkan kedua-dua lutut ke hadapan, tentukan lutut kaki kanan terletak di atas bumi dan duduk di atas tumit kaki kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat dalam kedudukan baring di atas bumi di sebelah kaki kanan. Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah, tangan kanan lurus, hujung jari masih lagi memegang tongkat pada anggota yang lain dan terus memandang ke hadapan.
2.Skuad - dua
Lepaskan pegangan tangan kanan dari tongkat dan terus bangun, pada masa yang sama bawa kaki kiri ke belakang sampai dalam kedudukan sedia yang betul tanpa hentak.
Angkat tongkat dari baring tongkat:
1. (Angkat tongkat!) - satu
Denganpantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak,
tapak kaki kiri rata di atas bumi pada masa yang sama bengkokkan kedua-dua
lutut, lutut kanan kena bumi dan duduk diatas tumit kaki kanan.
Tangan kanan terus memegang sebelah atas tongkat, terus pandang ke hadapan.
2.Skuad - dua
Bangun dengan kekuatan tangan, bawa tongkat sampai ke kedudukan sedia,
pada masa yang sama kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpa
hentak, anggota yang lain diam dan terus pandang ke depan.
........................................................................................................................................................
Kalih tongkat:
1. (Kalih tongkat!) - satu
Biarkan tapak tongkat di atas bumi, tangan kanan bawa tongkat ke
tengah-tengah badan, pada masa yang sama tangan kiri tangkap hujung tongkat,
jari-jari menggenggam. Tangan dan siku kiri rapat ke badan.
2.Skuad - dua
Bawa tangan kanan dengan pantas, balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Hormat tongkat (hormat tongkat!):
Bawa tangan kiri ke kanan dengan membuat tanda pengakap.
Jari telangkup ke bawah dan berada di tengah-tengah tongkat.
Turun tongkat dari hormat tongkat:
Satu - Tangan kiri pegang bahagian atas tongkat
Dua - Turunkan tongkat sambil tangan kanan pegang bahagian tengah tongkat
Tiga - Potong tangan kiri terus bawa ke sisi
........................................................................................................................................................
Jinjit Tongkat
1. Bengkokkan tangan kanan sedikit untuk mengangkat tongkat dengan
tapak tongkat dijarakkan satu inci dari bumi.
Tentukan tongkat di tepi dalam keadaan tergantung.
2. Pergerakan ini dilakukan apabila bergerak pada jarak yang dekatatau dalam masa
melurus, buka dan tutup barisan apabila dikehendaki berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan