KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN BADAN
Menjaga Kebersihan Kaki dan Tangan
- Penjagaan kebersihan kaki dan tangan adalah sangat penting supaya tidak dihinggapi penyakit.
- Kamu mestilah membasuh tangan pada setiap kali sebelum menjamah makanan dan selepas makan.
- Tangan yang tidak dibersihkan mempunyai kuman dan kotoran.
- Kuman dan kotoran ini boleh menyebabkan berbagai penyakit, seperti sakit perut, keracunan makanan dan cirit birit.
Menjaga Kebersihan Kuku
- Menyimpan kuku yang panjang akan menyebabkan kekotoran melekat pada kuku.
- Setiap ahli pengakap tidak dibenarkan menyimpan kuku yang panjang.
- Memotong kuku jari tangan mestilah berbentuk bulat manakala memotong kuku jari kaki haruslah berbentuk lurus.
Menjaga Kebersihan Gigi
- Mulut merupakan pintu masuk bakteria yang paling utama.
- Sebahagian makanan kecil akan melekat dicelah-celah gigi dan menyebabkan kuman masuk di celah gigi dan membiak dengan cepat.
- Setiap orang mestilah membersihkan gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
- Setiap orang mesti berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Menjaga Kebersihan Rambut
- Pengakap harus menjaga rambut agar sentiasa kemas dan bersih.
- Mencuci rambuh mestilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Jika rambut kamu berkutu atau berkelemumur, gunakan ubat atau syampu yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Menjaga Pernafasan
- Kebersihan sistem pernafasan harus dititikberatkan oleh setiap orang.
- Bulu-bulu hidung dapat memerangkap dan menjaring kekotoran yang berada di udara sebelum memasuki paru-paru.
Terima kasih atas semua nota yg diberi.semoga pengakap lebih cemerlang
BalasPadam