Ahad, 8 September 2013

LENCANA KEGEMARAN PKK

LENCANA KEGEMARAN PENGAKAP KANAK-KANAK

SETELAH LULUS DAN MEMILIKI LENCANA KERIS GANGSA PENGAKAP KANAK-KANAK DIKEHENDAKI MENDAPATKAN 2 (DUA) DARI LENCANA KEGEMARAN

di bawah:



Ahli Koleksi Hobi

Ahli Kraftangan


Peladang Kecil



Pelukis



Pembaca Buku



Penghibur


Pengakap dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan 2 Lencana Kegemaran dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaanya dalam aktiviti lencana tersebut


Rekod Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi
Memunggut dan mengumpulkan benda – benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang – kurangnya 03 bulan serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi itu hendaklah pilihan PKK sendiri. ( Bukan Cadangan Pengujinya )

Pilih satu hobi dibawah ini:
1) Lima jenis Stem Malaysia yang bertema:
- Pertabalan DYMM Yang Di Pertuan Agong / Sultan
- Perlantikan TYT Negeri
2) Berbagai tumbuhan , bunga , haiwan / binatang , sejarah , sukan , pembangunan , buah – buahan dll.
3) Sampul surat keluaran Hari Pertama Jabatan Pos ( Sekurang – kurangnya 20 jenis )
4) Berbagai bentuk pensil dan logonya ( Sekurang – kurangnya 20 jenis )
5) Berbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan ( sekurang – kurangnya 20 jenis )
6) Pelbagai contoh batu batan ( sekurang – kurangnya 20 jenis )
7) Pelbagai bentuk botol dan penutup botol ( Sekurang – kurangnya 20 jenis )
8) Rupa matawang asing kertas / syiling ( Sekurang – kurangnya 20 jenis )
9) Kotak mancis berbagai logo ( sekurang – kurangnya 20 jenis )
10) Rantai kunci ( Sekurang – kurangnya 20 bentuk )
11) Lencana Pengakap dan Pengakap Antarabangsa dll.
12) Menyediakan sebuah buku ( buku hobi ) sekurang – kurangnya 25 muka menyatakan perkembangan koleksi hobinya ( tempoh 03 bulan )

Dengan lulusnya ujian ini , Pengakap ini adalah layak memakai lencana Ahli Koleksi Hobi.

…………………………………………………….
( Tandatangan Penguji )


REKOD UJIAN LENCANA AHLI KRAFTANGAN

Lencana ini diberi kepada ahli pengakap kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, laying-layang dan sebagainya.

1.   Mengetahui asas kraf tradisional: anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang, (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan: kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastic dan lain-lain.  Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru.

ATAU
2.   Mengetahui dan membuat Penanda buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari kulit, kawat, plastic dan daun.  Penanda buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat.  Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi.

ATAU
3.   Membuat rekaan dari kertas
a.    Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain
b.    Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga mowgli.
c.    Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.

Dengan lulusnya ujian ini , Pengakap ini adalah layak memakai lencana Ahli Kraftangan.

…………………………………………………….
( Tandatangan Penguji )

REKOD UJIAN LENCANA PELADANG KECIL


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul.

Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut:
1.   Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan
2.   Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian.  Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.
3.   Menunjukkan menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratin /raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam.
4.   Mengetahui dari menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain.
5.   Tunjukkan (kepada pemimpin / penilai) yang Pengakap kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa/ ahli keluarga sendiri.
6.   Menunjukkan (kepada pemimpin/penilai) yang pengakap kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur.
7.   (a).  Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.

ATAU
(b).  Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.

8.   Menunjukkan bahawa pengakap kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.
9.   Tunjukkan buku log mengenai catatan ceramah yang pengakap kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau guru sains pertanian yang programnya telah diatur oleh pemimpin sendiri.
(a). Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai
(b). Kesuburan tanah
(c). Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas
(d). Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu
(e). Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah.
10.                Menunjukkan buku log mengenai ceramah yang diterima daripada pegawai haiwan atau guru sains pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri
(a).  Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara
(b) Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.

Dengan lulusnya ujian ini , Pengakap ini adalah layak memakai lencana Peladang Kecil.

…………………………………………………….
( Tandatangan Penguji )


REKOD UJIAN LENCANA AHLI PELUKIS

 

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.

Pilih EMPAT (4) Sahaja
1.   Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba “The Jungle Book” karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak.  Buat Satu watak
a.    Akela
b.    Bagheera
c.    Baloo
d.   Adek Kelabu
e.    Mowgli
f.     Mysa
g.   Shere Khan
h.   Banderlog
i.     Buldeo
j.     Jakala
k.    Sahi
l.     Hathi
m.  Kaa
n.   Tabaqui
o.    Messua
p.    White Hood

2.   Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna
3.   Mengetahui warna yang dikatakan “primary Colours’, dan ‘secondary colours’ serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (water colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dan sebagainya.
4.   Melukis dihadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai.  Lukisan ini dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm.
5.   Membuat kad ucap selamat ciptaan pengakap kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan, hari raya puasa, tahun baru cina, deepavali, hari krismas dan hari wesak.
6.   Pilih SATU kegiatan di bawah ini
7.   Menunjukkan kepada Pemeriksa / Penilai.  Buku lukisan ini mesti mengandungi sekurang

Dengan lulusnya ujian ini , Pengakap ini adalah layak memakai lencana Ahli Pelukis.

…………………………………………………….
( Tandatangan Penguji )






















1 ulasan: