Fungsi sebuah Agensi Kerajaan
MARDI
PENUBUHAN & Fungsi MARDI
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.

Logo MARDI
Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan Pejabat MARDI pada tahun 1969
MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-fungsi:
Untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
- pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran.
- Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.
- Menjadi satu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak.
- Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
- Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian.
- Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
- Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial.
- Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan.
- Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan