Persatuan/Unit Uniform Pengakap di sekolah semasa penubuhan dan pendaftaran setiap tahun hendaklah di bawah kebenaran kuasa penganjur yang terdiri dari:
1. Guru Besar di sekolah rendah dan (Unit PKK)
2. Pengetua di sekolah Menengah (Unit PM dan PR)
3. Pengetua/Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Kelana)
Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:-
- Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia;
- Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories) [ seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu;
- Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap;
Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu; - Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli;
- Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan