1)Padang
Ukuran padang yang digunakan yang digunakan ialah 90 meter hingga120 meter panjang dan 45 meter hingga 90 meter lebar.
2)Bola
Bola berbentuk sfera. Berukur lilit 0.68 meter hingga 0.71 meter dan beratnya adalah 396 gram hingga 453 gram.
3)Bendera
2 bendera digunakan oleh pengadil yang menjaga garisan tepi padangdan 4 bendera yang diletakkan di setiap bucu padang digunakan sebagaimenandakan bahawa bola sudah terkeluar dari kawasan permainan.
4)Tiang gol
Digunakan sebagai tempat untuk menjaringkan gol. Terdapat 2 tiang goldi dalam padang.
5)Jaring gol
Jaring gol digunakan adalah untuk menghalang bola dari keluar apabilabola sudah memasuki tiang gol.
6)Kasut but
Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku danbertumit plastik. Ini adalah penting untuk larian dan juga perlindungankepada pemain.
7)Sarung tangan
Alatan khas yang digunakan untuk penjaga gol menangkap dan menepisbola. Juga berfungsi melindungi tangan dan mengurangkan tekanan.
4.0UNDANG- UNDANG DAN PERATURAN ASAS
1)Bilangan pemain
• Setiap pasukan diwakili oleh 11 orang pemain termasuk penjagagol semasa sepak mula dilakukan.
2)Pengadil
• Sesuatu perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil dandibantu oleh 2 orang penjaga garisan.
3)Masa permainan
• Masa penuh : 90 minit
• Separuh masa : 45 minit
• Rehat antara separuh masa : 15 minit
• Masa tambahan : 30 minit
4)Memulakan permainan
• Pemilihan tempat dan tendangan ditentukan denganmelambungkan duit syiling. Pasukan yang menang lambungan berhak membuat pemilihan tempat atau tendangan permulaan.
• Tendangan permulaan dilakukan pada awal permainan, selepas jaringan gol dan semasa memulakan separuh masa kedua.
• Tendangan dimulakan di pusat padang dengan menendang bolayang tidak bergerak ke kawasan lawan.
5)Bola di luar permainan
• Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol atau garisan tepi.
• Apabila pengadil memberhentikan permainan.
6)Jaringan gol
• Jaringan gol dikira sekiranya keseluruhan bola telah melintasigarisan gol di antara dua tiang gol dan di bawah palang gol.
7) Offsaid
• Pemain berada dalam kedudukan offsaid jika :
✔Berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawandaripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir, danmengganggu permainan, atau mengganggu pasukan lawan.
✔Cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalamkeadaan tersebut.
8)Tendangan percuma
• Tendangan percuma “terus”
○Jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah.
• Tendangan percuma “tidak terus”
○ Jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah jika bola telahdisentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan.
9) Tendangan penalti
• Tendangan penalti diberikan kepada pasukan yang menyerangapabila pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasanpenaltinya sendiri.
10)Lontaran ke dalam
• Lontaran ke dalam dilakukan apabila keseluruhan bola melintasigaris tepi sama ada di tanah atau di udara. Lontaran dilakukan olehpasukan lawan kepada pemain terakhir yang menyentuh bola
11)Tendangan gol / tendangan penjuru
•
Tendangan dilakukan apabila bola melintasi garisan gol sama adadi tanah
atau di udara, kecuali diantara dua tiang gold an di bawahpalang gol.
•Jika bola disentuh kali terakhir oleh pasukan yang menyerang,tendangan gol diberikan kepada pasukan yang bertahan.
•Jika bola disentuh kali terakhir oleh pasukan yang bertahan,tendangan penjuru diberikan kepada pasukan yang menyerang.
12) Tindakan merbahaya yang perlu dielak
• Menyepak atau menendang pemain.
• Menarik pemain lawan.
• Membentes menggunakan kaki.
• Menolak pemain lawan.
• Membongkok ketika pemain lawan melompat untuk menanduk.
• Melompat dan menendang ke arah pemain lawan.
• Menyiku pemain lawan.
• Merempuh pemain lawan dari belakang.
• Mengangkat kaki terlalu tinggi.
• Menerjah pemain lawan.
13) Kad kuning dan kad merah
• Kad kuning akan diberikan jika pemain :
✔ Melakukan tindakan merbahaya
✔ Memegang atau menyentuh bola dengan sengaja kecualipenjaga gol.
✔ Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahanyang sengaja dilakukan.
• Kad merah akan diberikan jika pemain :
✔ Mendapat kad kuning kedua.
✔ Melakukan tindakan merbahaya.
5.0KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK
Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :
1)Menendang
✔Tendangan leret
✔Tendangan lambung
✔Tendangan voli
2)Menyerkap
✔Menyerkap bola leret
✔Menyerkap bola tinggi
3)Menggelecek
4)Melakukan hantaran
✔Hantaran ke hadapan
✔Hantaran ke sisi
✔Hantaran silang
5)Menanduk
✔Menanduk ke hadapan
✔Menanduk ke sisi
6)Menjaga gol
✔Menangkap bola leret
✔Menangkap bola tinggi
✔Menumbuk bola
✔Tendangan bola
Tiada ulasan:
Catat Ulasan