Rabu, 4 September 2013

LENCANA KERIS GANGSA PKK - 23. Sebab Kemalangan Jalan Raya

SEBAB-SEBAB BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan. Kemalangan melibatkan semua pengguna jalan raya. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan ringan, kecederaan parah dan kematian. Banyak sebab berlakunya kemalangan ini.

Punca kemalangan:

1.  sikap negatif pengguna jalan raya seperti suka memandu dengan laju.

2.  perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit.

3.  pemandu kenderaan yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak atau dadah. 

4.  Faktor fizikal jalan raya juga menjadi punca kemalangan, Jalan raya yang bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpang-siur, berlubang-lubang, tidak dilengkapi lampu jalan.

5.  sikap cuai pengguna jalan raya seperti pejalan kaki yang tidak memerhati keadaan lalu lintas sebelum melintas jalan raya.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Faktor sikap dan kelemahan manusia adalah yang paling kerap menjadi punca kemalangan. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya, manusia haruslah terlebih dahulu mengubah sikap mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan