Melukis
dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan
mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing
Bendera Malaysia
Bendera
Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama
lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan
jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor
dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian
yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga
atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah
warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Lambang negara
Lambang
Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,
manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang
Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian
sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian
sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah
negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam
empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor,
hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning
warna Negeri Sembilan.
Empat buah
negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian
di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang
Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah
Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di
sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan
Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan
pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat
kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera
mereka.
Kedah
Merah
ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya
negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini
beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga
dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada
kezaliman.
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
Negeri Sembilan
Tanah
kuning itu maksudnya D.Y.M.M Raja.bahagian tiga segi yang berwarna
merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.
Sembilan
tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan bauh negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama.Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna kuning
maknanya Yang di-Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga
menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan
sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang di-Pertuan
Besar
Pahang
Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.
Hitam
adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf
Bendahara.
Putih
adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini
membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
Ini
juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam,
tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai
sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
Mata
tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu
dari Alat Kebesaran Negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti
Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk cogan itu adalah ganjil. Sebagai mata
tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya.
Ini
ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi.
Menurut riwayat tua, Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali
membuat percubaan untuk mendapatkan takhtar Pahang, telah menganggap
kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa berhubung dengan
cawan
kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan
di Terengganu untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir.
Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.
Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.
Kelantan
Latar
belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk rakyat Raja.
Lambang kebesaran berwarna itu tanda kesucian Raja negeri ini
Mahkota
itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah
tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa
sedia untuk mempertahankan dirinya.
Dua
kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che'
Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada
akhir
kurun yang ke-14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang
kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar
binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri KELANTAN
Johor
Anak
bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula
maksudnya Kerajaan Negeri.
Mahkota
tanda D.Y.M.M. Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu
menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru,
Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah
pula, tanda Agama Islam.
Dua ekor
Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan
yang berbunga-bunga di
sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri Johor.
Perak
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli
Yang
Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan
kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan
Lambang
Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi
dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
Jata
melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama
Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan
rakyat dan kesuburan negeri
Perlis
Warna
Kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat.Bendera itu
maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dan Rakyat Baginda.
Lengkaran
padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu
keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.
Selangor
Empat
bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah
iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memeberi jiwa dan tenaga kepada
negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi
negri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
Anak
bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di
tengah-tengah ialah Sambu-Warna. Disebelah kanan ialah Keris Pendek dan
di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di
bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang
oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
Terengganu
Latar
belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah
hitam yang bermakna rakyat- oleh itu bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda
Agama Islam, agama rasmi negeri.
Bulan
bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran
Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama
Islam, agama rasmi negeri. Buku undang-undang di sebelah kiri pula
menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran
Sarawak
Warna
merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam
daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian marauh dalam proses membina Sarawak sebagai
negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpadaun serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah,
balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol
bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita unutk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka
Lambang
negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang" terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan
ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
Pulau Pinang
Warna
biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.Warna
putih maksudnya Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.
Pohon
pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang memepunyai dua (2)
tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan taing tersebut.
Dua(2)
tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat(4)
kabel pula
menggambarkan empat(4) jenis keturunan rakyat di negei ini, iaitu Melayu. Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur
biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima(5) tiap-tiap
satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima
daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
Sabah
Bendera
negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di antara sudut
sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latar belakang
lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi
suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi
tiga jalur yang sama besar.
Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna
biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan
keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Kelima-lima
warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung
dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula
melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Sepasang
tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini
melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yagn lama terjalin di
kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi
Negeri Sabah.
Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam Negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan
kesejahteraan
, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama rakyat.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Melaka
Warna-warna
merah, puith, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan,
sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama
Islam, agama negeri dan Malaysia.
Warna
merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di
Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama
Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri
itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah
untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang
telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
"BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri Melaka.
Wilayah Persekutuan
Bendera
baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini
digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah
Persekutuan.
Bendera Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam
acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri
Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang
melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan
seluruh rakyat Malaysia.
- Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
- Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
- Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
- Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
- Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan