PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan
beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu
cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak
mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas
tahun (murid-murid sekolah rendah)
Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat
kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap
Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang
diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai
dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.
MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
- Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani;
- Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
- Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
- Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;
- Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;
- Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
- Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
PERLEMBAGAAN PASUKAN
PENGAKAP
Fasal 1 : Nama dan Alamat.
|
i. Persatuan ini adalah
dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH
KEBANGSAAN SERTING FELDA
ii. Alamat yang
didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING FELDA,
BANDAR SERI JEMPOL, 72120 NEGERI SEMBILAN.
|
Fasal 2 : Tujuan Persatuan
|
i. Untuk melatih
dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu
program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin
murid.
iii. Memberi
peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang
disediakan.
|
Fasal 3 : Keahlian
|
i. Ahli persatuan
ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii. Pemilihan ahli
dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat
boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.
|
Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak
Ahli.
|
i. Setiap ahli
bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga
berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam
persatuan.
|
Fasal 5 : Mesyuarat.
|
i. Satu
mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun
untuk:
- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan
Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu
diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
berkenaan.
iv. Mesyuarat kali
pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.
v. Korum-korum
bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat
AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.
|
Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK
Persatuan.
|
i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat,
bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan
mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut
perlembagaan, menyimpan minit dan
surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari -
bertanggungjawab dalam hal kutipan
kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku beliau perlu menyerahkan
wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
Penasihat.
|
Fasal 7 : Punca Kewangan /
Pendapatan.
|
i. Kewangan
persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum). b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk
sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak
pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.
|
Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan
Persatuan.
|
i.
Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung.
ii.
Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan
Guru Besar.
|
Fasal 9 : Tafsiran.
|
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran
dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada
Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai
perkara itu
adalah muktamad.
|
Fasal 10 : Pembubaran.
|
i.
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar
atau Pentadbir Sekolah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan