nOTA:
Ahli pengakap yang telah mempunyai akaun simpanan di bank dikehendaki menunjukkan bukti/fotostat dan menunjukkan kepada pemimpinnya
NAMA BANK:....................................................................................................
NO. AKAUN:......................................................................................................
AKAUN SIMPANAN BANK
|
|||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||
Selain daripada akaun simpanan, institusi perbankan juga menawarkan akaun simpanan asas (BSA) dan akaun semasa asas (BCA), di samping akaun semasa untuk memenuhi keperluan perbankan anda. |
PENGALAMAN MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK
Prosedur Membuka Akaun Simpanan Di Bank Islam
PROSEDUR MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK ISLAM
Khas
untuk orang yang blur-blur, rasa tak yakin, rasa nak tahu flow, nak
dapatkan gambaran macamana cara-cara nak buka akaun simpanan di Bank
Islam. :) Sekadar berkongsi pengalaman. Manelah tau berguna .....
(mifc.com n.d.)
1. Start
dari rumah la ye. Pertama sekali, google lah dulu cawangan Bank Islam
yang terdekat dengan rumah korang. Lepas tu, terus mandi bersiap-siap.
Macam saya, saya pilih Bank Islam cawangan UM ;p (jauh tapi saje nak pegi. ahah)
2. Pastikan korang bawak salinan kad pengenalan (A4 sized). Untuk student, bawak salinan surat tawaran universiti (just in case bank officer tu mintak). Meh nak cerita sikit eh. Masa minggu lepas macam tu, saya ada pergi Bank Islam cawangan Kajang. Time tu memang bawak pen je (tak bawak copies langsung). Unfortunately, bank officer tu mintak salinan IC dengan offer letter. In contrast, kat Bank Islam cawangan UM just mintak salinan IC. Saya rasa, lebih baik bawak both copies kalau nak selamat ;) Nanti kalau dia mintak, kita boleh bagi. Kalau tak mintak, simpan je..kan?kan?
3. Sesampai kat Bank Islam tu, orang pertama yang korang kena jumpa ialah Pak Security. Bagitau secara ringkas apa korang nak buat. Nak senang, cakap ni je.. "Assalamualaikum Pak Cik, saya nak buka akaun simpanan".
Lepas tu, Pak Security ni serta merta akan tunjukkan kita kepada
officer yang bertugas. Malu bertanya sesat jalan kan? Baik tanyeee~
4.
Bila depan officer, dia akan layan korang dengan sangat baik. Dia akan
terangkan jenis-jenis simpanan yang berkaitan dan korang kenalah decide
which one to choose. Setiap jenis tu ada kelebihan sendiri dan korang
tanyalah banyak2 kat officer untuk maklumat lebih lanjut k?
5. Lepas dah pilih yang mana satu yang korang rasa sesuai, officer tu akan kasi a pile of forms. ISI BORANG!! haha. banyak ni tau. OK, saya list down yang mana ingat eh. Ada 2 kad tandatangan spesimen, 1 slip cash deposit (untuk masukkan duit simpanan pertama), 1 borang butiran diri, 2 borang akad, 1 borang kuning untuk atm card. Isi sampai siap.
6. Submit all the forms beserta dengan salinan IC dan IC original. Tunggu officer tu key in data. *tunggu dgn sabar*
Lepas tu, dia akan suruh kita berurusan dengan kaunter bernombor kat
depan. Officer akan bagi balik semua borang tu untuk kita bawak ke
kaunter bernombor. Oh, jangan lupa ambik nombor giliran. Nanti kang,
lame plak tunggu. haha ;p
7. Bila nombor kita dah dipanggil, cepat-cepat serahkan semua borang dan duit simpanan.
Untuk duit simpanan, jumlahnya berbeza ikut jenis simpanan. Ada yang
minima RM100, minima RM20, tapi masa isi borang tu, korang tanya2 lah
officer, berapa jumlah minimum untuk jenis simpanan yang korang pilih :) aduh, simple je kan? Lepas tu, kita kena tunggu lagi *tunggu dengan sabar*
8. Bila dah lama tunggu, nama kita akan dipanggil. Errr, be alert k! Kat sini, dia akan bagi ATM Card.
Apa yang perlu kita buat ialah cipta dan set nombor pin 6 digit on the
spot. Macam biasa, input tak boleh menyerupai birth date, last number IC
etc. Tekan kat satu alat canggih yang disediakan. Ulang tekan nombor
pin tersebut. Tekan OK. Lepas tu, sign kat belakang card.
9. Lepas tu, officer akan bagi kita satu slip rasmi Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku (Passbookless). Emm, jangan terkejut sebab Bank Islam memang takde buku ;p Recheck! Dia akan bagi satu slip rasmi + Kad ATM. Dia akan pesan supaya kita harus ingat nombor pin, register online banking kat ATM Machine kat luar (terus buat), pastu activate online banking via internet kat rumah :) DONE!!
1. http://www.bankinginfo.com.my/02_know_your_products/0201_choosing_right_account/savings_account.php?intPrefLangID=2
2. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNNOXZIg7Ey4-BP2JRj1JCwIK6Rw63WPo1ZZ6_eH4jXLsGjQEJBNrYqggxgSSAtO8-TpoNSjd2CaM88kj7gdukaIL42SbUhP9wy4eQvaPXYlmYBHF3hu3fDOnJ6UA9zpy3m-iEUAlXMGQ/s400/logo-bankislam+(jpeg).jpg&imgrefurl=http://sarazaqea.blogspot.com/2010/05/prosedur-membuka-akan-simpanan-di-bank.html&usg=__TSGN_rvE4PXi5CfxXQPqsxBnLCo=&h=467&w=1600&sz=40&hl=en&start=25&sig2=OKvPnzcURX6Yg79G3hnutQ&zoom=1&tbnid=S-rn6pPfa21VsM:&tbnh=44&tbnw=150&ei=CSQsUtTUBcSCrgefhoCwDw&prev=/search%3Fq%3Dmembuka%2Bakaun%2Bsimpanan%26start%3D20%26um%3D1%26sa%3DN%26hl%3Den%26tbm%3Disch&um=1&itbs=1&sa=X&ved=0CDQQrQMwBDgU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan