Rabu, 18 September 2013

LENCANA USAHA PM (TING SATU) - 14. Undang-undang Lalu Lintas


Undang-undang Lalu Lintas

PEJALAN KAKI

1) Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.
2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3) Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan raya.
4) Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.
5) Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.

PENUNGGANG BASIKAL
1) Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.
2) Menunggang di kiri jalan.
3) Menunggang basikal dalam satu barisan.
4) Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan atau ke kiri.
5) Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya semasa menunggang basikal.
6) Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.
7) Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.
8) Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan