Rabu, 11 September 2013

LENCANA KEGEMARAN PKK


REKOD UJIAN LENCANA AHLI PEMBACA BUKU


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan.

Pilih EMPAT (4) sahaja
1.       Menyediakan daftar sekurang-kurangnya 8 buah buku yang telah dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut:
a.       Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah
b.      Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya.  Novel, cerpen, drama, pengumuman, pengistiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana.
c.       Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik).
d.      Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden
e.      Prosa dan puisi Bahasa Malaysia/inggeris/bahasa ibunda

2.       Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan.  Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan.
3.       Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan.
4.       Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacaanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan.
5.       Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa.
6.       Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari.
7.       Menjadi ahli perpustakaan sekolah/tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.

 Setelah Lulus ujian maka melayakkan pengakap ini memakai Lencana Ahli Pembaca Buku


...............................................
Penilai



REKOD UJIAN LENCANA AHLI PENGHIBUR    



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan

Pilih LIMA (5) sahaja
1.       Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut
a.       Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotic
b.      Lagu Tradisi Masyarakat: Lagu setempat seperti Rasa Sayang atau lagu asing seperti “red River Valley” dan sebagainya.
c.       Lagu Tarian Asli
d.      Lagu Pengakap
2.       Boleh menyanyi dua buah lagu: satu patriotic dan lagi satu lagu
3.       Mengajar dua buah lagu atau satu tarian kepada kawan Pengakap
4.       Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra
5.       Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset
6.       Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukkan
7.       Boleh memainkan sekurang-kurangnya dua jenis alat muzik gendering seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekoder dan serunai.


 Setelah Lulus ujian maka melayakkan pengakap ini memakai Lencana Ahli Penghibur


...............................................
Penilai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan