ASAS PERBARISAN - PENGAKAP-
Asas Perbarisan
Setiap
pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan
serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua
perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh
melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa
pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya,
arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai
jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang
diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan,
pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap
dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri
dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang
12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman
tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke
atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan
dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama
seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri,
ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan
diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya
sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di
paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda
barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali
tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua
pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan
kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah.
Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah
kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan
dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu
orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki
sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang
berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut
menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang
berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan
ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki
dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang
depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke
hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap
berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya
dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit
kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap
berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat
kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri
dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap
berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke
belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan
ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan
barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila
mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke
belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya
hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan
ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang.
Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar
hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah
ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke
hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya
hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman
langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah
ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam
kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan,
Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah
kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan
meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya,
angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia.
Paras
Tujuan
arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan
senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan
jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang
boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri
Keluar Baris
Arahan
ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan
aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah
berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri
bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan