Rabu, 11 September 2013

LENCANA USAHA PM (TING SATU) - 7. Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap

Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap

Persetiaan Pengakap

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 
Menolong orang pada setiap masa 
Menurut undang-undang pengakap"


Undang - Undang Pengakap

1.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.  

3.  Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 

4.  Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.  

5.  Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.  

6.  Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
 
9. Pengakap itu jimat dan cermat  

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan